Tuesday, October 9, 2012

Tips Melancong-5 Perkara Penting

5 perkara penting sebelum melancong.

1. Sediakan wang secukupnya. Jangan melancong tanpa wang secukupnya kerana ia akan menyusahkan diri sendiri. Satu kisah benar berlaku di Pahang di mana sebuah keluarga dari Johor merasa ikan patin dengan berselera sekali. Apabila bil sampai , terbeliak ketua keluarga tersebut dan terpaksa menggadai jam tangan kesayangannya untuk membayar bil. Justeru,sediakan wang secukupnya.....

2. Sediakan pakaian dan keperluan secukupnya. Ini akan memudahkan anda dan tidak berlaku pembaziran. Sebagai contoh, anda ke pantai dan tidak mempunyai pakaian mandi. Justeru anda terpaksa membeli pakaian mandi di kawasan pelancongan dan sudah tentu harganya mahal. Siapkan segala pakaian dan keperluan.

3 Peta adalah sangat penting. Jangan melancong tanpa peta. Peta akan membantu anda dalam banyak perkara. Sebaiknya belilah buku travel yang mengandungi peta ,nombor telefon dan alamat destinasi dan lain-lain.

4. Rancang perjalanan seperti menempah hotel, tiket perjalanan pergi balik, destinasi yang ingin dituju dll.

5. Pastikan kenderaan yang dipandu(kenderaan sendiri) dalam keadaan baik dan selamat. Sebaiknya hantar ke pusat servis untuk diperiksa enjin, tayar dan lain-lain...

6. Bahasa adalah penting. Jika ingin melancong dalam dan luar negara ,belajarlah asas bahasa dan dialek.
Saya pernah mencuba bercakap Melayu standart di Kelantan dan bertanya harga baju kanak-kanak
"RM30!". Esoknya saya bercakap dialek Kelantan..dan dapat harga RM20...

Satu hari saya di bandar Pnom Penh dan bertanya dalam bahasa Inggeris.Saya bertanya tambang ke satu destinasi. "5 dolar "jawab penunggang motorsikal yang menyediakan khidmat teksi bergerak.
Esoknya saya bercakap bahasa tempatan "1 dolar!'.

Di mana -mana lokasi pelancongan dunia,peniaga akan sembelih dan mengaut keuntungan melampau-lampau.

Sebelum saya ke Kemboja dan Vietnam,saya mempelajari dari teman-teman dan Youtube bahasa asas. Apabila saya melancong selama 3 bulan, saya dapat banyak kemanisan...

Bahasa adalah penting dalam melancong.

Jika anda ingin bermesra dengan warga penduduk tempatan dalam dan luar negara,belajarlah bahasa...

Bahasa akan menjauhkan anda daripada dsembelih peniaga dan individu yang gemar 'cekik darah'.Bahasa juga dapat memesrakan anda di mana-mana...Saya mendapat ramai kawan kerana banyak bahasa yg saya kuasai...Ketika di Ho Chin Minh Vietnam saya dapat berkenalan warga Jepun,Scotland,USa dan lain-lain...

Pelajarilah pelbagai bahasa...demi keselamatan dan berjaya menjimatkan wang anda!

sAAT sULAIMAN
http://www.saatcham.com

Tips Melancong-Lone Ranger @ Group

MELANCONG sendiri atau bersama rakan?
Ramai berpendapat, jika berjalan sendiri, anda lebih bebas, tetapi perlu sedia menghadapi masalah seorang diri. Jika melancong bersama kawan, kebebasan anda terbatas. Namun, apabila timbul sesuatu masalah, anda ada tempat meminta bantuan.

Kebaikan bersama rakan:
* Sepanjang bercuti, anda punya peluang berkongsi semua pengalaman dan saat manis bersama rakan.

* Bercuti secara berkumpulan lebih seronok ketika makan. Ahli rombongan boleh berborak dan bergelak ketawa, pasti suasana tidak membosankan.

* Jika sakit, barang dicuri atau ada masalah lain, anda mempunyai rakan yang boleh membantu memberi semangat.

* Bercuti bersama rakan membuatkan percutian anda lebih mudah dan banyak manfaat.
Misalnya, jika haus ada rakan yang boleh mencarikan minuman, menjaga beg jika ke tandas atau membantu anda ketika sakit atau tidak larat beratur membeli tiket.

* Kos percutian menjadi lebih murah jika bercuti bersama rakan kerana anda boleh berkongsi bayaran bilik atau makan.

* Bagi wanita, bercuti bersama rakan adalah lebih baik terutama ketika bercuti di negara yang didominasi lelaki.

Kelemahan bersama rakan:
* Sangat melecehkan ketika membayar sesuatu seperti makan. Si A atau B makan apa, berapa harganya dan berapa bakinya.

* Akan sentiasa berjalan bersama ke mana saja dan dengan itu, kebebasan anda terbatas.

* Jika berhadapan dengan masalah, sangat mudah untuk menyalahkan satu sama lain.

* Anda tidak punya waktu yang boleh dinikmati sendirian kerana rakan anda boleh saja mengajak anda berborak.

Source : Harian Metro – 1 July 2010

Tips Melancong-Elak Bag Lebih Muatan



Membawa barang yang banyak terutama ketika melancong dalam tempoh lama sememangnya perkara biasa.
Pasti banyak barang yang perlu di bawa bagi memenuhi segala keperluan sepanjang melancong.
Bagaimanapun, barang yang banyak menuntut anda membawa beg besar atau banyak sekali gus membuatkan ia terlebih muatan.
Bagi mengelakkan situasi itu, anda perlu memilih barangan yang dibawa benar-benar keperluan ketika melancong.
Ada juga situasi selepas mengemas didapati beg yang bakal dibawa besar dan sangat padat walaupun anda sudah meminimumkan barangan yang dibawa.
Perkara ini biasanya terjadi disebabkan cara penyusunan barang.
Oleh itu, tip mengemas beg secara praktikal ini mungkin boleh membantu anda sekali gus meringankan beg yang bakal dibawa.

* Pertama, ketika meletakkan pakaian dalam beg, gulung terlebih dulu pakaian itu. Selain dapat menjimatkan ruang, pakaian yang digulung juga dapat mengurangkan kedut pada baju anda.
Bagi pakaian jenis kapas yang ringan dan nipis, anda boleh menggulungnya sekecil mungkin.

* Kedua, letakkan barang yang paling berat di bahagian bawah beg supaya bebanan tidak terlalu berat dan beg juga lebih seimbang. Kemudian diikuti dengan barangan lain.
Perlu diingat, untuk membawa barang seperti komputer riba atau kamera, pastikan anda meletakkannya terlebih dulu ke dalam bekas yang tahan lasak sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian anda.

* Ketiga, jika membawa kelengkapan peribadi seperti syampu, sabun, tuala dan ubat gigi, pastikan anda membawanya dalam botol atau saiz yang kecil.
Selain dapat menjimatkan pemakaian, tentunya menjimatkan ruang dalam beg anda.

* Keempat, sediakan beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian bersih. Situasi itu berlaku jika anda bercuti di pulau atau kawasan pantai.
Justeru dengan adanya beg plastik, baju anda yang masih bersih boleh diselamatkan daripada kotor, basah atau berbau peluh.

* Kelima, asingkan barang yang amat penting seperti dompet atau pasport ke dalam beg kecil bagi memudahkan anda mengambilnya ketika diperlukan. Anda tidak perlu lagi menyelongkar beg yang berisi pakaian dan barangan lain.

* Keenam, jika membawa kasut lebih, bungkus saja ia dengan plastik supaya menjimatkan ruang. Apabila membawa bantal pula, bawalah bantal tiup yang ringan dan praktikal.
Pastikan juga ketika anda pergi dan pulang dari bercuti anda memakai pakaian yang mengambil ruang penyimpanan yang banyak atau berat seperti jaket dan seluar jeans.
Langkah itu boleh meringankan beban barangan yang dibawa ketika pergi melancong. 

sumber: Puspanita

Jalan-Jalan Ho Chi Minh Vietnam (Part 1)

Hai

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia

Hari ni Zaf nak share lagi satu story trip ke Ho Chi Minh City (HCM).

Kali ini trip dilakukan pada 11-13 September 2012 bersama rakan opis bernama Faizul. Tiket telah dibeli melalui Air Asia dot com last year ( dalam September 2010) ketika promosi free seat waktu tu. So tambah tolak semua, tiket dapat laa RM250 termasuk luggage 20kg pergi balik.

Sebagai persiapan, beli lah sikit duit Vietnam Dong (VND) 2 hari sebelum berangkat. Saya budget 1 juta jer dulu just stanby. Faizul tolong tukarkan kat money changer kat Warta Bangi. Dapat RM165 untuk 1 juta VND. Hotel juga kene book online sebab kami sampai malam so parah gak kalo nak cari hotel malam2 kan. Chek kat Agoda.com. Cari yang murah2 dapatlah sebuah hotel ni namanya Blue River 2 Hotel. Rate dalam RM60 semalam untk twin sharing.Tengok google maps dalam 600m je jaraknya dengan Ben Thanh Market. Mcm dekat je. So accept je lah...... So pejam celik tub tub dah tiba masa bertolak ke HCM.

Waktu yang dinanti telah tiba......Jumpe Faizul kat terminal Putrajaya utk menaiki train ke LCCT. sampai je LCCT mcm biasa laa print dulu boarding pass kat kios dan check-in luggange jika ada. Saya bawa bag kecik jer sebab dah plan nak beli bag deuter masa kat sana nanti.

Dalam pukul 8.50pm berangkatlah kami dari LCCT ke Saigon Airport HCM. Perjalanan mengambil masa 2 jam  non stop. Sedikit pic masa dah sampai sini:



 Sampai airport jer terus pergi cari kaunter money channger airport. Terkezut gak sebab kat airport ni rate dia 1juta VND=RM153.. wow beza besar tu ngan Malaysia. Waduhhh..rugi ni RM 12 nihh berbanding kami tukar kat Warta Bangi. Takpelah..Nak buat mcmner, mane laa tau kan.first time experience...takde sapa pun bagitau... So lepas tanya money changer tu kami pun tanya laa kaunter taxi yg ada kat airport nie.. Diaorang nak USD10 kalo nak ke hotel kami. Rata2 sama jer per taxi. Kat sini kalo saya baca dalam blog orang lain rata cakap hanya ada 2 teksi yg popular  iaitu Vinisun dan Mai Linh sahaja. Yang lain2 dengarnya mencekik darah. So nak pickup laa 1 taxi utk bawa kami ke Blue River 2 Hotel. Sedang nak tanya kat satu kaunter nie, kebetulan nampak ada 3 orang orang Malaysia yang kebetulan mencari texi untuk ke hotel mereka..Nama mereka Amir, Hani dan seorang pakcik... So kami pun deal dengan mereka dan propose jika kami boleh share satu taxi je dengan mereka. Tanya dengan kaunter, berapa utk 5 orang nie. Kaunter taxi cakap tetap USD10 juga walau untuk kami berlima..wow ini sudah menarik. Kami pun share laa satu taxi yg sama. Kami dapat Innova. Lupa plak nama taxi tu tapi yang sure bukan Mai Linh atau Vinasun. So it just nice lah utk kami berlima. So taxi tersebut membawa rakan baru kami terus ke Pink 2 Hotel . Rupanya hotel ni betul SANGAT2 dekat dengan Ben Thanh Market. Bertuah betui diaorang..Bole pegi market senang-senang je..So turunkanlah famili amir kat Pink 2 Hotel. So deal laa dengan drebar tadi tolong bawa kami ke Blue River 2 Hotel. Siot betul,, dia kata tak leh. kalo nak kene bayar.. Adui kecoh kejap laa deal ngan mamat drebar nie. Dia minta dalam 120k VND kalo x silap utk hantar kami berdua ke Blue River 2 Hotel. Dalam hati saya cakap, harun betul lah drebar ni.. tadi masa dalam perjalan mcm ok jer leh hantar kami sekali. dah nak dekat hotel member nie tukar cerita plak... bisa rugi nie. Hani (kawan baru tadi tu) pun tolong kami deal dengan drebar. Last2 dia setuju kira ikut meter. So saya dan Faizul pun setuju je lah so kami pun bayar xtra wang kira ikut meter. Sampai je hotel meter menunjukan 61k. Kami bagi je lah 70k VND...sedekah je bakinya...Yang jadi xsyoknya masa kami nak turun, drebar cakap sini kah( Blue River2 ). Buruk laah tempat kami ni.Siap buat muka lagi... .

Sampai je Blue River Hotel. Perasaan ngak enak pun melanda. Apa taknya. Dah nampak signboard Blue River 2 Hotel tapi yang kami nampak hanyalah bangunan buruk dan kotor...saya cakap kat Faizul. Betul ke ni hotel kita bro...Dah mcm rumah nak roboh pun ada.. Dengan lampu merah2 lagi... mcm rumah pelacuran pun ada.. Seramm2 beb... Kami pun naik laa bangunan tu sampai tingkat tiga.. rasa mcm rumah orang plak. Tak mungkin hotel seburuk ini.. Dalam internet lawa jer.. Takkan laa huduh sangat...Turun balik dari building nie. So kami pun discuss jup.. Saya rasa maybe hotel ni ada kat dalam2 kot. So kami pun jalan laa dalam2 sikit lepas bangunan tadi.. Baru lega.. nampak laa signboard Blue River dan sebuah hotel yang agak nice lah. Pegi chek in. Jumpa dengan budak laki kat kaunter, sepatah haram pun dia tak paham english. Dia pun buat satu call dan xlama lepas tu sorang perempuan pun turun. Rupanya2 dia pemilik hotel ini. Very nice lady. Tapi nak ingatkan disini, english slang orang Vietnam nie memang kalian kene dengar dengan teliti sebab lain sangat bunyinya. Hampir xpaham laa kalo x concentrate..Kami pun minta peta lokasi supaya mudah kami berjalan dan lady bos pun beri kami 1 copy peta lokasi hotel dan kawasan berhampiran........ So after that, kami pun dapatlaa bilik di tingkat 4. Walaupun hotel ni nampak kecil tapi ada juga lif.. Wow nice gak. Hotel ni nampak mcm bangunan baru dalamnya. Tadi masa mula2 sampai, dah nampak mcm rumah momok..bikin suspen je .





Masuk laa bilik dan rehat2 jup. Faizul plak tetiba lapar... memandangkan malam masih muda (waktu HCM ni 1 jam lewat dari Malaysia sama juga mcm Batam), so kami pun cari laa kedai makan muslim. Mak aii jauh beb menapak. Lokasi kedai makan muslim tu nak tau kat ne.. kat depan hotel pink 2 member kami tadi yang dekat dengan Ben Than Market. Mak aiii..600 meter dia ni jauhnya...ingatkan dekat jer....


Penat menapak sampailah kami ke sebuah restoran namanya Kampung Melayu.
(Gambar waktu siang)

Tengok menu boleh tahan jugak harganya..Saya faham kalo kita merantau ke negeri-negeri mcm Vietnam/Korea/ seumpama pasti makanan halalnya x murah.... So kami beli lagi set combonya... Sampai je makanan yang dipesan so apa lagi makanlah... Sedikit gambar menunya disini.


Selesai makan kami pun mahu pulang. Ingatkan nak singgah Night Market dekat je ngan kedai makan nie. Tapi dah agak lewat sebab diaorang pun dah siap2 berkemas nak balik. So kami plan maybe malam esok kot baru boleh jalan2 pasar malam ni. So Menapak laa kembali ke hotel kami... Sunyi gak jalan malam2.

Gambar Hotel Blue River 2 waktu siang:





Esoknya kami terus shoot dari hotel ke Ben Than Market. Before that, sarapan dulu lah kat hotel nie. Tau2 je diaorang kami ni ada pantang larang bila nak makan.So hotel bagi kami makan roti n telur so kami bolehlaa makan. Kalo bab masakan lain kene pikir banyak kali beb lagi2 kat negara non muslim nih.


 Selesai sarapan, menapak lagi kami ke pasar Ben Thanh nir.

Mak aii luas gak tempat nie. Macam2 dijual dalam market ni daripada pakaian, beg kasut sehinggalah ke makanan. Pokoknya mcm2 ada. Tawar aja harganya dengan penjual. Diorang nak menjual sampai tarik-menarik laa ngan kami ni..Ganas & aggresif juga.. Tapi kami buat xreti je.. Jalan2 dulu satu round tengok apa barang ada barulah bershopping.... Tengah2 shopping kami berkenalan dengan dua orang kakak dari Malaysia. Kak Non dan Kak Hidayah.

Mereka nie mesra jugak. Siap soh Faizul nego lagi lebih sikit masa beli kain pasang.


Semasa Faizul sibuk membeli kain pasang tu, saya pun bersembang2 dengan dua orang kakak ni.. mak aii...luck kami memang baik. Wanita yang kami panggil Kak Hidayah nie rupa-rupakan ibu kepada kenalan baru kami iaitu Amir yang tinggal  di Pink 2 yang kami tumpang sekali naik Innova ke hotel pada malam semalam...     Memamng terus jadi kawan laa.. So kami pun banyak bertanya tips shopping kat sini sebab mereka sudah kali kedua datang ke HCM. Even nak makan kat maner pun siap mereka rekomen kami. Kak Non kata, makan murah kat Basiroh sebelah je restoran yang kami makan mlm tadi. So tengahari nie makan laa kat situ. Memang harga bole terima lah.. Murah sikit dari malam semalam.

 

Selesai makan lunch, teruskan aktiviti merayap tawaf laa sekitar kawasan market nie mencari bag deuter, cenderamata, kasut dan barang2 yang disasarkan.... macam2 laa ragam penjual nie kami jumper

(Kedai jual key chain n magnet yang lumayan murah. Tengok camner cara korang nego. Lagi murah dari dalam Ben Thanh Market)
(Promote sungguh2 soh beli walletnya penjual nih)

(Ni gambar pencuci kasut. Murah je dalam 20K VND (RM3). Mereka akan cuci kasut n bagi bersih. Tapi ingat, dalam gambar nie mereka cuba pow faizul 100K padahal baru je cuci 10 min yang lalu masa kami lepak minum air kelapa. Faizul bagi je 20K and blah camtu jer. Nasib baik saya pakai selipar saja. X kene kacau)

So aktiviti berikutnya mencari kasut. Mengikut cerita seorang rakan pejabat yang pernah datang ke HCM, ada satu lorong berdekatan Ben Than Market ni yang fokusnya jual kasut jer. Cari punya cari. So kami temuilah lorong tersebut. Lokasi lorong tersebut ia terletak kat salah satu pintu keluar dari market ni. So berjalan lah kami dari satu kedai ke satu kedai tawar menawar dengan penjual... Pergh.. diaorang dah pegang harga tu.Betul cakap kawan pejabat tu diaorang memang susah nak nego sbb supply kasut banyak tu jer kat Vietnam nie.Ntah ye ntah tidak tak pasti laa kan........ Semua kedai mcm tu plak tu.. Liat sangat sangat nak turun rege. Memang parah. Sebagai contoh kasut Onitzuka Tiger (sapa tak kenalkan) semua kedai rata2 jual 550k-600k VND (sekitar RM83-90) tak leh kurang dikit punn...memang laa murah kalo nak banding kat Malaysia yang jual sekali ganda rege tu tapi kami tak puas hati lagi kalo x leh kurang sedikit pun... So kami hold dulu laa niat nak beli kasut. Maner tau kami leh jumper tempat lain yang lebih murah ker.

Malam pun tiba. Time for night market shopping..Jumpa balik dengan family amir tadi..so kami jalan sekali.Sebelum jalan, kita makan duluuu:




 Mcm2 ada gak kat sini. Rupe2nyer pekedai2 yang berniaga dalam Ben Than Market siangnya dan kawasan kedai sekitar, bila malam mereka juga berniaga disini sambung cari rezki.Gigih betullah kan. So kami sambung cari barang. Bag deuter dan kasut x beli lagi nie..Siang tadi usha2 je dulu nak tengok regenya malam ni hope dapatlah beli... So kami carilah kat pasar malam nie. Boleh tahan harganya..masih x murah lagi..Last kami kembali balik ke lorong kasut yang siang tadi kami lalu dan kami lihat kedai kasut (terbesar) kat situ masih buka. Sedikit pic gambar dalam kedai tu:

 So singgahlah beramai2.. So kami berpakat beli kasut ramai2. Saya pun ambil lah satu pasang Onitzuka Tiger Mini Cooper Edition. Faizul, kak non, amir semua beli beberapa pasang untuk dibawa pulang. Seingat saya dekat 10 pasang kesemuanya. Tapi bab diskaun tu tetap susah juga nak kurang... mcm saya cakap tadi, mereka mcm dah unite pegang harga.

Penat dah menaip.To be continued in Part 2.................



    

Monday, September 10, 2012

Jalan-Jalan Batam Indonesia



Hai...Apa khabar ? Thanks kerana melawat blog Zaf yang tak seberapa nie... This is my first post about my travel experience..So hope pembaca mendapat input yang mungkin bermanfaat terutamanya kepada mereka yang belum pernah merantau ke Kota Batam, Indonesia. Untuk makluman semua, rupe-rupenya tak le susah nak kesana. Yang penting siapkan diri dulu dengan membuat sedikit kajian tentang destinasi yang hendak dilawati dan ongkosnya, InsyaAlllah perjalanan anda akan lancar dan selamat. Banyak2kanlah membaca artikel teman2 lain dalam mana2 web atau blog. Mana laa tau ada tips & trik menarik yang kalian bole pakai masa kat sana.

Sapa yang belum pernah ke Batam, Ini saya attachkan sedikit peta Batam


Ini merupakan trip sulung saya ke Batam, Almaklumlaa tak pernah jejak kaki Batam..so banyak persiapan yang perlu dilakukan. Terus kepada cerr kita...trip ni saya buat pada 31/8/2012..kebetulan jatuh hari Jumaat so dapatlaa 3 hari 2 malam di sana...

Hari yang dinanti telah tiba, berbekalkan wang poket sebanyak RM600 aku gagahkan juga kembara ini. Tawakkal je laa. Harap2 cukup laa... Perjalan pun bermulaaaaa..Jeng,,jeng..jeng

Pergi ke  Terminal Bas Selatan (TBS) Bandar Tasek Selatan nak beli tiket. Almaklumlahh takut takde tiket plak jika beli saat akhir kang sapa plak yang susah. Mula2 masuk, penin sikit.Maner kaunter tiket ini. Rupenyer kene naik eskelator atau lif  ke tingkat 3. Kat situ baru ada kaunter tiket..Pertama kali masuk TBS so pelek sikit. Sbb biasa kalo kita pergi terminal bas kita akan nampak banyak kaunter-kaunter tiket tapi bila masuk je TBS nampak ada satu kaunter yang besar, semua bas ada kat situ. So dengan relax pergi laa ke kaunter sembang ngan akak kaunter. Akak kaunter tu cakap kat sini memang mostly syarikat bas dah centralisekan kaunter tiket. Tapi kaunter2 tiket sebijik2 pun masih wujud tapi kat side TBS yang lain laa... Tanya la tiket paling last. Ada pada jam 1am. So belilah tiket bas. Nama Basnya Meridian dan ia menuju ke Larkin. Harga tiket RM 31.20 (pada date 8/12). Buy 2 pcs sbb nak kembara ini dengan adik saya. Kakak kaunter pesan, datanglaa 30 minit awal yer. Just take note je laa

31 Ogos 2012

1.00am
Bertolak dari Terminal Bas Selatan (TBS) Bandar Tasek Selatan menaiki bas jam 1am...Dalam jam 1.15 am tayar pun bergolek . Saya memilih bas paling last ke Larkin JB kerana mengikut rujukan internet, better kita travel malam2 dari travel siang2 coz kurang sikit penatnya. So let make it be.... Bas  Meridian yang saya naik ni seat kulit. Nampak mcm best jerkan. Condotion bas overall ok laa. Accepted...dalam perjalanan saya xle tidur plak..kenapa laa otak saya nie pikir mcm2 sampai mata susah nak lelap. Buat laa apa gaya pun susah juga. Masih tak mau lelap. Dengan keadaan seat kulit, memang menyusahkan juga laa sebab asyik tergelungsur jer bila bas break tengah2 memandu. Adui...tak tidur laa saya mlm nie..huhuhuhu.lagi satu hal, sejuk gila beb. So sapa yg tak tahan sejuk bawak laa apa2 yang patut...

4.00am
Sampai laa sudah ke terminal Larkin JB..Bole tahan laju gak bas nie bawak. Kalo saya yg drive ni maybe 5 jam baru sampai...So x kisahlah,, Janji saya sampai dengan selamat dan aman. Saya tengok ramai gak orang kat sini walau awal pagi. So apa lagi rehat2 kejap minum2 dulu sebab lepas ni saya harus ke Stulang Laut nak cari feri ke Batam...Bayak juga texi sapu kat sini even awal2 pagi. Memamg port biznes masyuk kot kat sini. Lantak laahh AAK, janji xkacau saya dah laa...So rehat dulu solat subuh n sarapan berat sikit sbb hari ni saya bakal menempuh perjalanan jauh.

6.45am 
Selesai solat & sarapan, saya pun berjalan2 di sekitar terminal tanya orang ada ke bas ke Stulang Laut direct dari Larkin. Beberapa orang yg ditanya menjawab, Ngak ada laahh (XDE maksudnya). Kalo mau ke Stulang Laut WAJIB dengan teksi. Rata2 teksi sini charge RM20 untuk 1 trip. 

Tips Perjalan 1
1.Nak jimat, ramai2 naik 1 teksi, bayar sama je. Tetap RM 20 tak kira korang naik sorang ke berdua ker atau berempat sekalipun per setiap taxi.
.
Kebetulan masa kami nak naik texi ada sorang mamat indo nak pergi Stulang Laut juga. So offer dia nak tak joint kami naik texi..dia kata bisa juga laah..so minta dia bayar RM 6 bakinya saya tong sama adik sorang RM7 so total RM20 (dapat jimat RM3 sorang huhu) Xlaa jauh pun. perjalanan. Dalam 20 min InsyaAllah sampai Stulang Laut. Kalo jalan tak sesak lah. NAsib baik tak sesak masa kami tu...

Sampai je , texi bawa masuk ke kawasan Zon Legacy...OOooh rupenye tempat ni saya pernah masuk masa berbengkel kat JB dulu..Cuma tak tahu nama je sebelum nie. So skang tahulah saya. Sampai jer Stulang Laut ni tanya ngan mamat yg naik sekali tadi, mcmner nak beli tiket feri. Kami ni pertama kali datang. So dia pun bawa laa kami masuk dalam building tu pergi ke tingkat 1 kalo tak silap. Terus nampak kaunter. So beli laa tiket 2 way. RM125 sorang (termasuk tax Malaysia) .

Kebetulan kami sampai, ada feri pukul 7.30am so done naik pada masa tu. So naiklah kami kapal yg diberi nama Indo Master 3 ke Batam. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 min mengikut masa standard feri nie. Kelajuan perlahan jer laa x memecut pun. Laut pun tenang dan x bergelora time kami pergi. Kalo hujan lebat tak tahu laa feri akan jalan ikut jadual atau tidak....Mula2 sampai ingatkan ada beberapa operator feri yg operate kat Stulang nie mcm kat stesen bas. Rupe-rupenye hanya 1 feri jer. So senang laa cari....



Kat bawah ni keadaan semasa da sampai pelabuhan Batam Centre


Sampai je kat Batam, masa untuk ke imigresen. Owh.. mudah juga yer x begitu rumit nak lepasi imigresen batam nie. Kalo kat airport kompom chek detail wooo...

Tips Perjalanan 2:
1. Keluar je jgn ambil teksi dekat dengan terminal . Akan ada banyak driver teksi yg akan memanggil anda. Buat biasa je jalan ke luar kompleks Imegresen Batam. Kat tepi jalan bersepah Ojek (teksi motor) dan Teksi Kete (mostly mcm teksi sapu je kalo kat sini)
2. Kalo travel seorang, naik Ojek more effision, But if u come berdua atau lebih, better naik teksi.Kalo hujan, naiklah apa yang patut.
3.Rate teksi jika nak bawak dari luar kompleks imigresen/terminal feri tu ke Nagoya ialah IDR30,000 (RM10 lebih kurang). Mereka akan buka rege 40-50k so korang terus nego 30K. Kalo driver texi to sombong je, korang pegi laa cari teksi lain.

So naiklah texi mencari hotel kat area Nagoya. Memandangkan hari kami datang ni hujan lebat giler disamping pagi giler apa mall pun tak buka pintu lagi, so terpaksa bergerak gunakan teksi mencari hotel. Plan asal berhenti kat Nagoya Hill Mall (NHM) cari nearest hotel dekat2 situ. So drever teksi nama Man promo kami hotel. Kami cakap nak yg paling murah dan dekat dengan NHM. So dia promo laa Hotel Rama pada kami. Sampai je kat hotel tanya receptionis ada bilik tak. Katanya ada. Tanya berapa rege. Katanya yang 180k(RM60) punya ada. Saya tetiba je leh cakap leh taj saya nak tengok bilik dulu. So dibawa ke bilik. Mak aiii bilik tu mcm Haram daaa. Dinding nampak kotor, bantal nampak dah lunyai dah..Pendek kata  tak lawa langsung.Nak tidor pun tak semangat kalo mcm nie laa keadaanya. Tau laa murah tapi agak2 laa. Kalo kat Malaysia ni, budget hotel RM30 pun lawa. Ni dah laa dlm RM60 ... So aku cakap dengan reception nanti dulu laa. Aku pun chow cari hotel lain.

So driver pun bawa laa ke hotel ke 2. Namanya Horisona Hotel. Boleh tahan laa untuk sekali tengok. Lebih baik dari tadi (Rama Hotel). Rate dia IDR280k (RM92). So chek in laa dulu sementara menunggu hari hujan reda sikit. Sedikit pic view bilik hotel
(ni ambil masa chek out)

Hujan pun reda. So kami bersiap untuk ke lokasi pertama iaitu Nagoya Hill Mall (NHM) Jalan kaki sikit dari hotel pun da sampai. Berikut adalah sedikit pic pickup pakai BB adik saya, Tak lawa sory laa Tak bawak kamera sebab dalam2 forum kata bahaya utk traveler. Tulaa tak bawak tu.

Tips Perjalanan 3:
1.Jgn percaya sangat hotel yg di promo oleh driver taxi. Rupenyer diorang ni dapat komisen sebab bawak kita ke hotel tu. Padanlaa bila saya dah bayar duit texi, saya heran kenapa Man ni tak gerak2 balik. Ada udang sebalik mee rupanya.
2.Berhenti kat Mall korang jalan kaki cari keliling mana yg bole offer murah dan bagus untuk bilik. Hotel yg saya duduk pun bukan bagus sangat Da laa bagi saya mahal, air panas pun xde woo.. lipas kecik banyak woo kat laci. Apalaa tak bersih sangat utk hotel yg mahai nie...
3.Kalo korang nak sewa driver untuk sehari pun boleh. Bayar jer. Dia akan bawa korang sepanjang hari kemana je korang nak pegi. Kalo korang setakat pegi 1-3 tempat rugi laa sewa texi. Kalo banyak "AGENDA" korang nak buat, maybe berbaloi pakai teksi seharian. Atau kalo nak jimat naik jer ojek atau teksi lompat. Rege tu bergantung kepada lokasi mana yg korang nak pegi. Jgn risau, Ojek dan teksi ni bersepah kat batam. Korang akan kerap dipanggil2 oleh diaorang. Just senyum & Say Nevermind kalo korang x perlu service mereka.



Kembali balik pada story kita, kami pun pusing2 laa NHM. Mcm2 ada kat sini. Kami boleh simpulkan NHM ini antara mall yg best laa kat Batam. Mcm2 ada...Kami perasan, regenya quite mahal juga laaa yer. Sebab tempat ni nampak standard sikit. Mcm Times Squere gitu..... Puas berjalan, lepak2 jup kat kerusi. sembang ngan mamat indo yg tengah lepak sekali. Ramah juga mamat nie. Dia cakap NHM ni tempat shopping untuk level pertengahan dan keatas jer. Kalo level bawahan, pegi laa beli kat kedai2 tepi jalan kat luar mall. Oic, that why rege kat sini mak ai, xlee tahan laa..walaupun saya bawa BERJUTA2 wang rupiah, tapi tak bermakna saya da jadi jutawan kat sini...nak beli pun kene tengok2 sikit...RM bawak x banyak..next time laa kalo nak shopping sakan pun...huhuhu..kali ni kita jalan2 cari jalan dulu...

Lepas NHM kami ke Lucky Plaza. Kat sini port utk kamera dan handphone. Rege bole tahan laa. Nak kata murang kaw2 tu takde laa. Beli laa barang sikit kiriman adik yang nak cover Galaxy Tab10.nya.Da puas round tanya minah kedai hphone tu mana makan sedap sini kalo ayam penyek. Dia pun rekomen, makanlah di Joyo Boyo. Dekat jer. Kalo dari NHM ke Lucky Plaza kompom lalu kedai ni. So makan jup Nasi Ayam Penyek Made Asli Indonesia. Sekali ada beza dgn yg jual kat Cyberjaya daa...Beza tang rasa sambalnya, preparationnya. Rege dia 16K(RM5.30)  kalo x silap. Boleh laa. Masih mampu lagi

(Ni Gambar kedainya)

Tips Perjalanan 4:
1.Carilah sim kad sini untuk memudahkan anda berhubung. Simpack Kartu As juga sudah Ok. Paling murah sekitar 5k( RM1.65) saja da dapat. topup laa sikit PULSA utk kegunaan kalian sepanjang berada di Batam. Kartu As ni dia adik-beradik Simpati. Korang jgn beli sim yg pelek2, kang takle masuk HP Malaysia kang rugi jer. Saya da pernah kene da masa kat Jakarta dulu. Pengalaman beb


2.Nak tukar RM korang boleh tukar di Malaysia atau di Batam. Tapi wajib ada sedikit wang utk korang travel mula2 disana. Kat Batam ada banyak Money Changer (MC). Jgn tukar kat MC yg dalam mall. Pergi luar Nagoya, Cari satu kawasan ada MC berderet. Banyak beb. Boleh dapat tawaran terbaik. Masa pergi saya bawa 1juta tukar di sini pada RM 330. Masa kat sana nak pakai lagi 1 juta so pegi laa cari, rata2 MC offer RM334 utk 1 juta. Tapi ada MC ni mula2 offer saya RM334 tapi bila saya nak blah dia boleh offer RM328=1Juta .So wowi..junior juice..menarik dan tertarik nih.ni sudah baik. Murah sikit dari yg saya dapat di sini. terus pickup tanpa banyak bicara.

Ni kadnya.


Selesai je berjalan ke Lucky Plaza saya nak ke DC Mall pulak. Dc Mall nie merupakan port utk barang elektronik kata orang dan juga dalam web pun ramai da touch pasal DC Mall nie. Nak kesana dari Lucky Plaza kene naik Ojek/teksi sebab jauh beb kalo nak jalan kaki. So naiklah ojek . Ojek nak 12k(RM4) sorang. 2 orang da 24k. kalo naik texi pun 30k(RM10). Apesal laa saya tak terpikir nak naik texi masa tu.. adui...takpelaa da lepas pun.

Sampai je kitaorang pun masuk laa.. mak aii mall ni saya rasa mcm mall nak tutup laa. tak meriah bagi saya. Banyak kedai da tutup kat level atas2. Ibarat Imbi Plaza laa. Nampak OLD dan x happening mcm Low Yat Plaza. Ikut pemerhatian barang elektronik kat sini murah sikit je laa kalo nak banding kat Malaysia. Dengarnya cerita dari Om Syamsul dulu2 Batam nie Free Duty Zone untuk barang elektronik. Memang heaven laa dulu shopping elektronik kat sini masa tu. Tapi banyak wilayah kat indonesia ni iri hati dengan  kelebihan Batam, so kelebihan tersebut ditarik balik oleh pemerintah. Barang elektronik ni da tak free duty sangat laa nie... 

Sedikit view DC Mall utk tontonan kalian:


Nampak mcm biasa je kan? da masuk baru laa kalian tahu.....Dalam gambar mcm best jer

Selesai je jalan kat DC Mall, kami pun balik laa ke hotel. Nak rehat beb. Letih badan . Saya tak tidor lagi nie dari semalam. Malam nanti kalo takde aper2 lepak bilik jer lah. Capek ahh... 

Tengah2 rehat, tetiba Om Syamsul pula sms, tanya menginap dimana. Saya bilang kami nginap di Horisona Hotel. So dia pun datang laa hotel kami dalam jam 8.00pm. Bawa kami jalan2 lagi, walaupun saya da capek dah sebenarnya. Dia tanya, mahu cari apa lagi. Kami bilang mahu cari jam sikit kalo ada bagus2 dan lumayan murah. dia bawa ke satu kedai ni. Pergh beb, rege dia memang berbaloi laa beli. Cewek yang melayan kami namanya Mei Chen. Ingatkan orang indo asli rupenyer dia nie orang cina tapi mukanya persis indo .Tak nampak kecinaan langsung.. Sabar je dia melayan kami yg banyak kerenah nie...Lupa plak nak introduce, nama kedainya Ella Collection. Antara item yg dijual di toko ini ialah Jam Original, Handbag Wanita, Perfume dan etc.Kalo handbag dia rata2 KW Super (Cara sebutannya Kawe Super-Kualiti terbaik laa). Kalo nak yang ORI ada juga kedai depannya (sama bos) tapi regenya kene siaplaa. Dont expect terlalu murah laa..Banyak kedai kat area ni (Kompleks Bumi Indah) bila saya ronda pada hari berikutnya. Barang dagangan hampir serupa. Tapi bab ratenya tu banyak yang tewas laa. Lokasinya mcm kat Jalan Kenanga KL. Kedai berderet jual mcm2 barang. Bezanya cuma kalo kat Jalan Kenanga tu kene beli borong baru rege best, kat area sini beli satu pun boleh. No hal laa... Memang saya dapat feel kedai ni rate dia lumayan bagus.. Ni kadnya (tolong promo sikit.Kalo Mei Chen ni tanya mana korang tau kedainya, jgn lupa soh dia buka blog nie)

Lepas beli barang, kami pun dibawa makan ke tempat seafood. Meriah kedainya walaupun kat tepi jalan. Ramai orang sedang makan masa kami datang. Nasib baik ada port kosong boleh kami bertiga duduk.. Lumayan laah regenya. Padanlaa ramai. Makan untuk 3 orang, menu 3 pinggan nasi,ayam bakar 3 set, kerang bakar, sotong goreng, sayur kangkung, air avocado,air limau panas, air milo regenya baru 105k(RM34) rasanya murah juga nie. Kalo ikut menu ni saya rasa mahu dekat RM45-50 kalo 3 orang makan kat Malaysia. Ayam bakarnya enak bangat laa...must try lagi kalo datang sini. Sedap woow ..Sambalnya membuat saya makan sambil menitik air mata..huhuhu..Lokasi dekat Ramadhani Marselia, Batam Centre....share lagi dikit pic

  
Habis makan balik tidur..Pergh lene tu..(sbb letih sangat kot)

Hari kedua 1/9/2012

Boleh lak lupa nak makan sarapan kat hotel. So terpaksa laa makan luar pagi ni. Makan kat sebuah restoran mamak berdekatan. Sebelum tu melalui CIMB NIAGA (adik beradik CIMB Malaysia). Adik saya draw sikit wang untuk kegunaan sendiri. Kalo yang ada kad atm CIMB, kalian perlu aktifkan dulu kat atm before bole guna kat Indonesia nie. Cuma rate dia tinggi sikit laa. RM337 untuk 1juta IDR. So pikir2kan mana yg bagus key....Selamat memang laa sebab takhold much cash. Tapi rate dia kene tahan laa.

Boleh tahan mahai juga makan roti canai (kat indo dipanggil parata)  nie... Kalo saya belaja kat sini, part time saya pun nak buka niaga roti canai tepi jalan jer. Mane tau mashukkk.... Pagi nie try murtabak... Ingatkan ada beza. Sama jer rasanya mcm kat Malaysia. Setakat tambah timun je...Roti kosong pun dekat RM2 tu..huuhu
2

Selesai makan, Round laa kat kawasan Kompleks Bumi Indah Nagoya ni. Ricky2 kedai. Mcm yang saya cerita kat atas. Kedai yang macam Ella Collection tu bersepah. Cuma tang regenye belum tentu champion laa. Hari kedua ni memang main sini jer. Tak pergi banyak tempat, Kawasan nie pun luas kalo nak berjalan. Dalam petang sikit OM sms mahu pickup kami. So kami tunggu je laa kat kedai Ella tu dulu. (3 kali kami round kedai dia jer usha barang)

Malam pun tiba. Perut da lapar nie. Ajak Om pegi makan. Om Bawak kami ke tempat yang happening makan, Nak tau kat ner? Kat juga area Nagoya juga. Rupenyer antara NHM dan Lucky Plaza tu ada port makan meriah yang hanya buka pada waktu malam. Pergh padat beb. Om order satay padang sorang sepinggan. Ada 10 cucuk kalo x silap. Tak boleh blah laa tekak saya. Tak manis... Satay Wiley kat Sungai Ramal Junction @ Satay Ukay kat Seksyen 7 Bangi je saya rasa sedap. Satay Kajang Hj Samura dah tak layan da. Mana sedap.. Kalo kalian tak caya mai cuba Willy punya..Da rasa baru tau... Om saya cakap maybe satay medan baru bole cocok sbb dia pakai kuah kacang. Satay padang ni dia ada kuah sendiri. Memandangkan dah order, makan jer laa. Takkan nak buang plak, Sedikit pic saya nak share sikit

Satay padang
Air Avokado ..Nampak menarik kan...
Total damage 85K(RM28)-3 Pinggan Satay Padang, 2 cawan Avecado, 1 teh o limau
Selesai makan, balik rehat.

Last Days

Ada lagi aktiviti last minit shopping lain tapi malas laa nak stori kat sini. Dipendekkan cerita dalam jam 10am kami sampai ke terminal feri utk pulang. Pergi ke kaunter tiket. Paling dekat jam 10.30am WIB (11.30am waktu Malaysia). Tiket yang beli kat Stulang tadi tu dia open date, maksudnya bila2 korang boleh balik. Masa kat kaunter, bayar cukai laut dulu dalam IDR 105k (RM35). Bagi Pasport, tiket dari stulang dan wang cukai...Mereka akan isu tiket baru.So pulang laa kami ke Malaysia.

Tips Perjalanan:
1.JANGAN ambil gambar kat imegresen sini.Gambar kat pintu ke tengah beratur ker. Strict beb. Kalo korang amik kompom kastam diaorang panggil korang, amik hp korang delete gambar korang amik tadi.
2.Nanti kalo da sampai Larkin, beli tiket kat kaunter. Jgn beli dengan mamat yang jerit2. Mahai beb. Saya ttakde bas bila beli dgn ulat tiket nie. Nasib badan.


Anggaran Kasar Perbelanjaan Ke Batam (As 2012)

1.Tiket Bas Pergi Balik   RM 31.20 + 31.20 (2 Way)
2.Texi Dari Stulang ke Larkin RM 20 +19  (2 Way)-Balik da fix RM19 kalo naik taxi merah
3.Tiket Feri RM125
4.Tax dari Batam RM35
5.Taxi dari Terminal Ke Hotel RM10
6.Hotel RM92 (bergantung pada hotel yang kalian pilih)
7.Makan Minum (Terpulang)
Shoping, Ojek etc

So saya pun da penat dah menaip karangan yang ntah apa2 ntah nie. Da 4 malam dah taip. So hope you all dapat manfaat sedikit sebanyak dari perkongsian ini. Next trip saya  insyalah saya akan share lagi story...Coming Soon is Ho Chi Min Vietnam pulak.. Adios & Daaaaa

Zhaf