5 perkara penting sebelum melancong.
1. Sediakan
wang secukupnya. Jangan melancong tanpa wang secukupnya kerana ia akan
menyusahkan diri sendiri. Satu kisah benar berlaku di Pahang di mana
sebuah keluarga dari Johor merasa ikan patin dengan berselera
sekali. Apabila bil sampai , terbeliak ketua keluarga tersebut dan
terpaksa menggadai jam tangan kesayangannya untuk membayar
bil. Justeru,sediakan wang secukupnya.....
2. Sediakan pakaian dan
keperluan secukupnya. Ini akan memudahkan anda dan tidak berlaku
pembaziran. Sebagai contoh, anda ke pantai dan tidak mempunyai pakaian
mandi. Justeru anda terpaksa membeli pakaian mandi di kawasan pelancongan
dan sudah tentu harganya mahal. Siapkan segala pakaian dan keperluan.
3 Peta
adalah sangat penting. Jangan melancong tanpa peta. Peta akan membantu
anda dalam banyak perkara. Sebaiknya belilah buku travel yang mengandungi
peta ,nombor telefon dan alamat destinasi dan lain-lain.
4. Rancang perjalanan seperti menempah hotel, tiket perjalanan pergi balik, destinasi yang ingin dituju dll.
5. Pastikan
kenderaan yang dipandu(kenderaan sendiri) dalam keadaan baik dan
selamat. Sebaiknya hantar ke pusat servis untuk diperiksa enjin, tayar dan
lain-lain...
6. Bahasa adalah penting. Jika ingin melancong dalam dan luar negara ,belajarlah asas bahasa dan dialek.
Saya pernah mencuba bercakap Melayu standart di Kelantan dan bertanya harga baju kanak-kanak
"RM30!". Esoknya saya bercakap dialek Kelantan..dan dapat harga RM20...
Satu hari saya di bandar Pnom Penh dan bertanya dalam bahasa Inggeris.Saya bertanya tambang ke satu destinasi. "5 dolar "jawab penunggang motorsikal yang menyediakan khidmat teksi bergerak.
Esoknya saya bercakap bahasa tempatan "1 dolar!'.
Di mana -mana lokasi pelancongan dunia,peniaga akan sembelih dan mengaut keuntungan melampau-lampau.
Sebelum
saya ke Kemboja dan Vietnam,saya mempelajari dari teman-teman dan
Youtube bahasa asas. Apabila saya melancong selama 3 bulan, saya dapat
banyak kemanisan...
Bahasa adalah penting dalam melancong.
Jika anda ingin bermesra dengan warga penduduk tempatan dalam dan luar negara,belajarlah bahasa...
Bahasa
akan menjauhkan anda daripada dsembelih peniaga dan individu yang gemar
'cekik darah'.Bahasa juga dapat memesrakan anda di mana-mana...Saya mendapat ramai kawan kerana banyak bahasa yg saya kuasai...Ketika di Ho Chin Minh Vietnam saya dapat berkenalan warga Jepun,Scotland,USa dan lain-lain...
Pelajarilah pelbagai bahasa...demi keselamatan dan berjaya menjimatkan wang anda!
sAAT sULAIMAN
http://www.saatcham.com
No comments:
Post a Comment