5 perkara penting sebelum melancong.
1. Sediakan
wang secukupnya. Jangan melancong tanpa wang secukupnya kerana ia akan
menyusahkan diri sendiri. Satu kisah benar berlaku di Pahang di mana
sebuah keluarga dari Johor merasa ikan patin dengan berselera
sekali. Apabila bil sampai , terbeliak ketua keluarga tersebut dan
terpaksa menggadai jam tangan kesayangannya untuk membayar
bil. Justeru,sediakan wang secukupnya.....
2. Sediakan pakaian dan
keperluan secukupnya. Ini akan memudahkan anda dan tidak berlaku
pembaziran. Sebagai contoh, anda ke pantai dan tidak mempunyai pakaian
mandi. Justeru anda terpaksa membeli pakaian mandi di kawasan pelancongan
dan sudah tentu harganya mahal. Siapkan segala pakaian dan keperluan.
3 Peta
adalah sangat penting. Jangan melancong tanpa peta. Peta akan membantu
anda dalam banyak perkara. Sebaiknya belilah buku travel yang mengandungi
peta ,nombor telefon dan alamat destinasi dan lain-lain.
4. Rancang perjalanan seperti menempah hotel, tiket perjalanan pergi balik, destinasi yang ingin dituju dll.
5. Pastikan
kenderaan yang dipandu(kenderaan sendiri) dalam keadaan baik dan
selamat. Sebaiknya hantar ke pusat servis untuk diperiksa enjin, tayar dan
lain-lain...
6. Bahasa adalah penting. Jika ingin melancong dalam dan luar negara ,belajarlah asas bahasa dan dialek.
Saya pernah mencuba bercakap Melayu standart di Kelantan dan bertanya harga baju kanak-kanak
"RM30!". Esoknya saya bercakap dialek Kelantan..dan dapat harga RM20...
Satu hari saya di bandar Pnom Penh dan bertanya dalam bahasa Inggeris.Saya bertanya tambang ke satu destinasi. "5 dolar "jawab penunggang motorsikal yang menyediakan khidmat teksi bergerak.
Esoknya saya bercakap bahasa tempatan "1 dolar!'.
Di mana -mana lokasi pelancongan dunia,peniaga akan sembelih dan mengaut keuntungan melampau-lampau.
Sebelum
saya ke Kemboja dan Vietnam,saya mempelajari dari teman-teman dan
Youtube bahasa asas. Apabila saya melancong selama 3 bulan, saya dapat
banyak kemanisan...
Bahasa adalah penting dalam melancong.
Jika anda ingin bermesra dengan warga penduduk tempatan dalam dan luar negara,belajarlah bahasa...
Bahasa
akan menjauhkan anda daripada dsembelih peniaga dan individu yang gemar
'cekik darah'.Bahasa juga dapat memesrakan anda di mana-mana...Saya mendapat ramai kawan kerana banyak bahasa yg saya kuasai...Ketika di Ho Chin Minh Vietnam saya dapat berkenalan warga Jepun,Scotland,USa dan lain-lain...
Pelajarilah pelbagai bahasa...demi keselamatan dan berjaya menjimatkan wang anda!
sAAT sULAIMAN
http://www.saatcham.com
Tuesday, October 9, 2012
Tips Melancong-Lone Ranger @ Group
MELANCONG sendiri atau bersama rakan?
Ramai berpendapat, jika berjalan sendiri, anda lebih bebas, tetapi perlu sedia menghadapi masalah seorang diri. Jika melancong bersama kawan, kebebasan anda terbatas. Namun, apabila timbul sesuatu masalah, anda ada tempat meminta bantuan.
Kebaikan bersama rakan:
* Sepanjang bercuti, anda punya peluang berkongsi semua pengalaman dan saat manis bersama rakan.
* Bercuti secara berkumpulan lebih seronok ketika makan. Ahli rombongan boleh berborak dan bergelak ketawa, pasti suasana tidak membosankan.
* Jika sakit, barang dicuri atau ada masalah lain, anda mempunyai rakan yang boleh membantu memberi semangat.
* Bercuti bersama rakan membuatkan percutian anda lebih mudah dan banyak manfaat.
Misalnya, jika haus ada rakan yang boleh mencarikan minuman, menjaga beg jika ke tandas atau membantu anda ketika sakit atau tidak larat beratur membeli tiket.
* Kos percutian menjadi lebih murah jika bercuti bersama rakan kerana anda boleh berkongsi bayaran bilik atau makan.
* Bagi wanita, bercuti bersama rakan adalah lebih baik terutama ketika bercuti di negara yang didominasi lelaki.
Kelemahan bersama rakan:
* Sangat melecehkan ketika membayar sesuatu seperti makan. Si A atau B makan apa, berapa harganya dan berapa bakinya.
* Akan sentiasa berjalan bersama ke mana saja dan dengan itu, kebebasan anda terbatas.
* Jika berhadapan dengan masalah, sangat mudah untuk menyalahkan satu sama lain.
* Anda tidak punya waktu yang boleh dinikmati sendirian kerana rakan anda boleh saja mengajak anda berborak.
Source : Harian Metro – 1 July 2010

Tips Melancong-Elak Bag Lebih Muatan
Membawa barang yang banyak terutama ketika melancong dalam tempoh lama sememangnya perkara biasa.
Pasti banyak barang yang perlu di bawa bagi memenuhi segala keperluan sepanjang melancong.
Bagaimanapun, barang yang banyak menuntut anda membawa beg besar atau banyak sekali gus membuatkan ia terlebih muatan.
Bagi mengelakkan situasi itu, anda perlu memilih barangan yang dibawa benar-benar keperluan ketika melancong.
Ada
juga situasi selepas mengemas didapati beg yang bakal dibawa besar dan
sangat padat walaupun anda sudah meminimumkan barangan yang dibawa.
Perkara ini biasanya terjadi disebabkan cara penyusunan barang.
Oleh itu, tip mengemas beg secara praktikal ini mungkin boleh membantu anda sekali gus meringankan beg yang bakal dibawa.
*
Pertama, ketika meletakkan pakaian dalam beg, gulung terlebih dulu
pakaian itu. Selain dapat menjimatkan ruang, pakaian yang digulung juga
dapat mengurangkan kedut pada baju anda.
Bagi pakaian jenis kapas yang ringan dan nipis, anda boleh menggulungnya sekecil mungkin.
*
Kedua, letakkan barang yang paling berat di bahagian bawah beg supaya
bebanan tidak terlalu berat dan beg juga lebih seimbang. Kemudian
diikuti dengan barangan lain.
Perlu
diingat, untuk membawa barang seperti komputer riba atau kamera,
pastikan anda meletakkannya terlebih dulu ke dalam bekas yang tahan
lasak sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian anda.
*
Ketiga, jika membawa kelengkapan peribadi seperti syampu, sabun, tuala
dan ubat gigi, pastikan anda membawanya dalam botol atau saiz yang
kecil.
Selain dapat menjimatkan pemakaian, tentunya menjimatkan ruang dalam beg anda.
*
Keempat, sediakan beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia
dapat diasingkan daripada pakaian bersih. Situasi itu berlaku jika anda
bercuti di pulau atau kawasan pantai.
Justeru dengan adanya beg plastik, baju anda yang masih bersih boleh diselamatkan daripada kotor, basah atau berbau peluh.
*
Kelima, asingkan barang yang amat penting seperti dompet atau pasport
ke dalam beg kecil bagi memudahkan anda mengambilnya ketika diperlukan.
Anda tidak perlu lagi menyelongkar beg yang berisi pakaian dan barangan
lain.
*
Keenam, jika membawa kasut lebih, bungkus saja ia dengan plastik supaya
menjimatkan ruang. Apabila membawa bantal pula, bawalah bantal tiup
yang ringan dan praktikal.
Pastikan
juga ketika anda pergi dan pulang dari bercuti anda memakai pakaian
yang mengambil ruang penyimpanan yang banyak atau berat seperti jaket
dan seluar jeans.
Langkah itu boleh meringankan beban barangan yang dibawa ketika pergi melancong.
sumber: Puspanita
Jalan-Jalan Ho Chi Minh Vietnam (Part 1)
Hai
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
Hari ni Zaf nak share lagi satu story trip ke Ho Chi Minh City (HCM).
Kali ini trip dilakukan pada 11-13 September 2012 bersama rakan opis bernama Faizul. Tiket telah dibeli melalui Air Asia dot com last year ( dalam September 2010) ketika promosi free seat waktu tu. So tambah tolak semua, tiket dapat laa RM250 termasuk luggage 20kg pergi balik.
Sebagai persiapan, beli lah sikit duit Vietnam Dong (VND) 2 hari sebelum berangkat. Saya budget 1 juta jer dulu just stanby. Faizul tolong tukarkan kat money changer kat Warta Bangi. Dapat RM165 untuk 1 juta VND. Hotel juga kene book online sebab kami sampai malam so parah gak kalo nak cari hotel malam2 kan. Chek kat Agoda.com. Cari yang murah2 dapatlah sebuah hotel ni namanya Blue River 2 Hotel. Rate dalam RM60 semalam untk twin sharing.Tengok google maps dalam 600m je jaraknya dengan Ben Thanh Market. Mcm dekat je. So accept je lah...... So pejam celik tub tub dah tiba masa bertolak ke HCM.
Waktu yang dinanti telah tiba......Jumpe Faizul kat terminal Putrajaya utk menaiki train ke LCCT. sampai je LCCT mcm biasa laa print dulu boarding pass kat kios dan check-in luggange jika ada. Saya bawa bag kecik jer sebab dah plan nak beli bag deuter masa kat sana nanti.
Dalam pukul 8.50pm berangkatlah kami dari LCCT ke Saigon Airport HCM. Perjalanan mengambil masa 2 jam non stop. Sedikit pic masa dah sampai sini:
Sampai airport jer terus pergi cari kaunter money channger airport. Terkezut gak sebab kat airport ni rate dia 1juta VND=RM153.. wow beza besar tu ngan Malaysia. Waduhhh..rugi ni RM 12 nihh berbanding kami tukar kat Warta Bangi. Takpelah..Nak buat mcmner, mane laa tau kan.first time experience...takde sapa pun bagitau... So lepas tanya money changer tu kami pun tanya laa kaunter taxi yg ada kat airport nie.. Diaorang nak USD10 kalo nak ke hotel kami. Rata2 sama jer per taxi. Kat sini kalo saya baca dalam blog orang lain rata cakap hanya ada 2 teksi yg popular iaitu Vinisun dan Mai Linh sahaja. Yang lain2 dengarnya mencekik darah. So nak pickup laa 1 taxi utk bawa kami ke Blue River 2 Hotel. Sedang nak tanya kat satu kaunter nie, kebetulan nampak ada 3 orang orang Malaysia yang kebetulan mencari texi untuk ke hotel mereka..Nama mereka Amir, Hani dan seorang pakcik... So kami pun deal dengan mereka dan propose jika kami boleh share satu taxi je dengan mereka. Tanya dengan kaunter, berapa utk 5 orang nie. Kaunter taxi cakap tetap USD10 juga walau untuk kami berlima..wow ini sudah menarik. Kami pun share laa satu taxi yg sama. Kami dapat Innova. Lupa plak nama taxi tu tapi yang sure bukan Mai Linh atau Vinasun. So it just nice lah utk kami berlima. So taxi tersebut membawa rakan baru kami terus ke Pink 2 Hotel . Rupanya hotel ni betul SANGAT2 dekat dengan Ben Thanh Market. Bertuah betui diaorang..Bole pegi market senang-senang je..So turunkanlah famili amir kat Pink 2 Hotel. So deal laa dengan drebar tadi tolong bawa kami ke Blue River 2 Hotel. Siot betul,, dia kata tak leh. kalo nak kene bayar.. Adui kecoh kejap laa deal ngan mamat drebar nie. Dia minta dalam 120k VND kalo x silap utk hantar kami berdua ke Blue River 2 Hotel. Dalam hati saya cakap, harun betul lah drebar ni.. tadi masa dalam perjalan mcm ok jer leh hantar kami sekali. dah nak dekat hotel member nie tukar cerita plak... bisa rugi nie. Hani (kawan baru tadi tu) pun tolong kami deal dengan drebar. Last2 dia setuju kira ikut meter. So saya dan Faizul pun setuju je lah so kami pun bayar xtra wang kira ikut meter. Sampai je hotel meter menunjukan 61k. Kami bagi je lah 70k VND...sedekah je bakinya...Yang jadi xsyoknya masa kami nak turun, drebar cakap sini kah( Blue River2 ). Buruk laah tempat kami ni.Siap buat muka lagi... .
Sampai je Blue River Hotel. Perasaan ngak enak pun melanda. Apa taknya. Dah nampak signboard Blue River 2 Hotel tapi yang kami nampak hanyalah bangunan buruk dan kotor...saya cakap kat Faizul. Betul ke ni hotel kita bro...Dah mcm rumah nak roboh pun ada.. Dengan lampu merah2 lagi... mcm rumah pelacuran pun ada.. Seramm2 beb... Kami pun naik laa bangunan tu sampai tingkat tiga.. rasa mcm rumah orang plak. Tak mungkin hotel seburuk ini.. Dalam internet lawa jer.. Takkan laa huduh sangat...Turun balik dari building nie. So kami pun discuss jup.. Saya rasa maybe hotel ni ada kat dalam2 kot. So kami pun jalan laa dalam2 sikit lepas bangunan tadi.. Baru lega.. nampak laa signboard Blue River dan sebuah hotel yang agak nice lah. Pegi chek in. Jumpa dengan budak laki kat kaunter, sepatah haram pun dia tak paham english. Dia pun buat satu call dan xlama lepas tu sorang perempuan pun turun. Rupanya2 dia pemilik hotel ini. Very nice lady. Tapi nak ingatkan disini, english slang orang Vietnam nie memang kalian kene dengar dengan teliti sebab lain sangat bunyinya. Hampir xpaham laa kalo x concentrate..Kami pun minta peta lokasi supaya mudah kami berjalan dan lady bos pun beri kami 1 copy peta lokasi hotel dan kawasan berhampiran........ So after that, kami pun dapatlaa bilik di tingkat 4. Walaupun hotel ni nampak kecil tapi ada juga lif.. Wow nice gak. Hotel ni nampak mcm bangunan baru dalamnya. Tadi masa mula2 sampai, dah nampak mcm rumah momok..bikin suspen je .
Masuk laa bilik dan rehat2 jup. Faizul plak tetiba lapar... memandangkan malam masih muda (waktu HCM ni 1 jam lewat dari Malaysia sama juga mcm Batam), so kami pun cari laa kedai makan muslim. Mak aii jauh beb menapak. Lokasi kedai makan muslim tu nak tau kat ne.. kat depan hotel pink 2 member kami tadi yang dekat dengan Ben Than Market. Mak aiii..600 meter dia ni jauhnya...ingatkan dekat jer....
Penat menapak sampailah kami ke sebuah restoran namanya Kampung Melayu.
Tengok menu boleh tahan jugak harganya..Saya faham kalo kita merantau ke negeri-negeri mcm Vietnam/Korea/ seumpama pasti makanan halalnya x murah.... So kami beli lagi set combonya... Sampai je makanan yang dipesan so apa lagi makanlah... Sedikit gambar menunya disini.
Selesai makan kami pun mahu pulang. Ingatkan nak singgah Night Market dekat je ngan kedai makan nie. Tapi dah agak lewat sebab diaorang pun dah siap2 berkemas nak balik. So kami plan maybe malam esok kot baru boleh jalan2 pasar malam ni. So Menapak laa kembali ke hotel kami... Sunyi gak jalan malam2.
Gambar Hotel Blue River 2 waktu siang:
Esoknya kami terus shoot dari hotel ke Ben Than Market. Before that, sarapan dulu lah kat hotel nie. Tau2 je diaorang kami ni ada pantang larang bila nak makan.So hotel bagi kami makan roti n telur so kami bolehlaa makan. Kalo bab masakan lain kene pikir banyak kali beb lagi2 kat negara non muslim nih.
Selesai sarapan, menapak lagi kami ke pasar Ben Thanh nir.
Mak aii luas gak tempat nie. Macam2 dijual dalam market ni daripada pakaian, beg kasut sehinggalah ke makanan. Pokoknya mcm2 ada. Tawar aja harganya dengan penjual. Diorang nak menjual sampai tarik-menarik laa ngan kami ni..Ganas & aggresif juga.. Tapi kami buat xreti je.. Jalan2 dulu satu round tengok apa barang ada barulah bershopping.... Tengah2 shopping kami berkenalan dengan dua orang kakak dari Malaysia. Kak Non dan Kak Hidayah.
Mereka nie mesra jugak. Siap soh Faizul nego lagi lebih sikit masa beli kain pasang.
Semasa Faizul sibuk membeli kain pasang tu, saya pun bersembang2 dengan dua orang kakak ni.. mak aii...luck kami memang baik. Wanita yang kami panggil Kak Hidayah nie rupa-rupakan ibu kepada kenalan baru kami iaitu Amir yang tinggal di Pink 2 yang kami tumpang sekali naik Innova ke hotel pada malam semalam... Memamng terus jadi kawan laa.. So kami pun banyak bertanya tips shopping kat sini sebab mereka sudah kali kedua datang ke HCM. Even nak makan kat maner pun siap mereka rekomen kami. Kak Non kata, makan murah kat Basiroh sebelah je restoran yang kami makan mlm tadi. So tengahari nie makan laa kat situ. Memang harga bole terima lah.. Murah sikit dari malam semalam.
Selesai makan lunch, teruskan aktiviti merayap tawaf laa sekitar kawasan market nie mencari bag deuter, cenderamata, kasut dan barang2 yang disasarkan.... macam2 laa ragam penjual nie kami jumper
So aktiviti berikutnya mencari kasut. Mengikut cerita seorang rakan pejabat yang pernah datang ke HCM, ada satu lorong berdekatan Ben Than Market ni yang fokusnya jual kasut jer. Cari punya cari. So kami temuilah lorong tersebut. Lokasi lorong tersebut ia terletak kat salah satu pintu keluar dari market ni. So berjalan lah kami dari satu kedai ke satu kedai tawar menawar dengan penjual... Pergh.. diaorang dah pegang harga tu.Betul cakap kawan pejabat tu diaorang memang susah nak nego sbb supply kasut banyak tu jer kat Vietnam nie.Ntah ye ntah tidak tak pasti laa kan........ Semua kedai mcm tu plak tu.. Liat sangat sangat nak turun rege. Memang parah. Sebagai contoh kasut Onitzuka Tiger (sapa tak kenalkan) semua kedai rata2 jual 550k-600k VND (sekitar RM83-90) tak leh kurang dikit punn...memang laa murah kalo nak banding kat Malaysia yang jual sekali ganda rege tu tapi kami tak puas hati lagi kalo x leh kurang sedikit pun... So kami hold dulu laa niat nak beli kasut. Maner tau kami leh jumper tempat lain yang lebih murah ker.
Malam pun tiba. Time for night market shopping..Jumpa balik dengan family amir tadi..so kami jalan sekali.Sebelum jalan, kita makan duluuu:
Mcm2 ada gak kat sini. Rupe2nyer pekedai2 yang berniaga dalam Ben Than Market siangnya dan kawasan kedai sekitar, bila malam mereka juga berniaga disini sambung cari rezki.Gigih betullah kan. So kami sambung cari barang. Bag deuter dan kasut x beli lagi nie..Siang tadi usha2 je dulu nak tengok regenya malam ni hope dapatlah beli... So kami carilah kat pasar malam nie. Boleh tahan harganya..masih x murah lagi..Last kami kembali balik ke lorong kasut yang siang tadi kami lalu dan kami lihat kedai kasut (terbesar) kat situ masih buka. Sedikit pic gambar dalam kedai tu:
So singgahlah beramai2.. So kami berpakat beli kasut ramai2. Saya pun ambil lah satu pasang Onitzuka Tiger Mini Cooper Edition. Faizul, kak non, amir semua beli beberapa pasang untuk dibawa pulang. Seingat saya dekat 10 pasang kesemuanya. Tapi bab diskaun tu tetap susah juga nak kurang... mcm saya cakap tadi, mereka mcm dah unite pegang harga.
Penat dah menaip.To be continued in Part 2.................

(Gambar waktu siang)

(Kedai jual key chain n magnet yang lumayan murah. Tengok camner cara korang nego. Lagi murah dari dalam Ben Thanh Market)
(Promote sungguh2 soh beli walletnya penjual nih)
(Ni gambar pencuci kasut. Murah je dalam 20K VND (RM3). Mereka akan cuci kasut n bagi bersih. Tapi ingat, dalam gambar nie mereka cuba pow faizul 100K padahal baru je cuci 10 min yang lalu masa kami lepak minum air kelapa. Faizul bagi je 20K and blah camtu jer. Nasib baik saya pakai selipar saja. X kene kacau)
So aktiviti berikutnya mencari kasut. Mengikut cerita seorang rakan pejabat yang pernah datang ke HCM, ada satu lorong berdekatan Ben Than Market ni yang fokusnya jual kasut jer. Cari punya cari. So kami temuilah lorong tersebut. Lokasi lorong tersebut ia terletak kat salah satu pintu keluar dari market ni. So berjalan lah kami dari satu kedai ke satu kedai tawar menawar dengan penjual... Pergh.. diaorang dah pegang harga tu.Betul cakap kawan pejabat tu diaorang memang susah nak nego sbb supply kasut banyak tu jer kat Vietnam nie.Ntah ye ntah tidak tak pasti laa kan........ Semua kedai mcm tu plak tu.. Liat sangat sangat nak turun rege. Memang parah. Sebagai contoh kasut Onitzuka Tiger (sapa tak kenalkan) semua kedai rata2 jual 550k-600k VND (sekitar RM83-90) tak leh kurang dikit punn...memang laa murah kalo nak banding kat Malaysia yang jual sekali ganda rege tu tapi kami tak puas hati lagi kalo x leh kurang sedikit pun... So kami hold dulu laa niat nak beli kasut. Maner tau kami leh jumper tempat lain yang lebih murah ker.
Malam pun tiba. Time for night market shopping..Jumpa balik dengan family amir tadi..so kami jalan sekali.Sebelum jalan, kita makan duluuu:
Mcm2 ada gak kat sini. Rupe2nyer pekedai2 yang berniaga dalam Ben Than Market siangnya dan kawasan kedai sekitar, bila malam mereka juga berniaga disini sambung cari rezki.Gigih betullah kan. So kami sambung cari barang. Bag deuter dan kasut x beli lagi nie..Siang tadi usha2 je dulu nak tengok regenya malam ni hope dapatlah beli... So kami carilah kat pasar malam nie. Boleh tahan harganya..masih x murah lagi..Last kami kembali balik ke lorong kasut yang siang tadi kami lalu dan kami lihat kedai kasut (terbesar) kat situ masih buka. Sedikit pic gambar dalam kedai tu:
So singgahlah beramai2.. So kami berpakat beli kasut ramai2. Saya pun ambil lah satu pasang Onitzuka Tiger Mini Cooper Edition. Faizul, kak non, amir semua beli beberapa pasang untuk dibawa pulang. Seingat saya dekat 10 pasang kesemuanya. Tapi bab diskaun tu tetap susah juga nak kurang... mcm saya cakap tadi, mereka mcm dah unite pegang harga.
Penat dah menaip.To be continued in Part 2.................
Subscribe to:
Posts (Atom)